Isnin, 28 September 2009

Indonesia tak malu rakyatnya menjadi pendatang haram?

Kini penggunaan pembantu rumah agaknya sudah merupakan satu kemestian bagi keluarga kelas menengah dan sebahagian kelas pekerja di Malaysia. Mereka memerlukan pembantu rumah kerana sebahagian besar para isteri sudah bekerja di luar rumah.

Selama ini sumber pembantu rumah yang utama ialah Indonesia dan Filipina. Bagaimanapun, kebanyakan pembantu rumah dari Indonesia lebih menjadi pilihan, kerana gaji yang perlu dibayar kepada mereka lebih murah berbanding dengan gaji untuk pembantu rumah dari Filipina.

Kini usaha membawa masuk pembantu rumah dari Indonesia menghadapi masalah kerana negara itu "membekukan" penghantaran pembantu rumah secara legal ke Malaysia dan meminta majikan di Malaysia membayar gaji yang lebih tinggi, iaitu minimum RM800 sebulan.

Walaupun Indonesia bertindak demikian untuk menjaga kepentingan rakyatnya, tapi tindakan itu sebenarnya tidak wajar kerana kaum wanita Indonesia yang sangat memerlukan pekerjaan akan datang juga ke Malaysia secara haram, dan pemerintah Indonesia tidak akan berupaya mencegahnya.

Sekarang pun pendatang haram Indonesia di Malaysia mungkin sudah lebih 2 juta orang. Semakin lama Indonesia membekukan penghantaran pembantu rumah secara legal, bererti akan bertambah ramai pula orang Indonesia yang akan memasuki Malaysia secara haram.

Saya tidak tahu adakah pemerintah Indonesia suka rakyatnya menjadi pendatang haram, yang jika sekali-kali kerajaan Malaysia bertindak, mereka akan ditangkap dan di kurung dan mungkin juga di rotan.

Sebenarnya adalah lebih bijaksana jika Indonesia membenarkan rakyatnya datang bekerja ke Malaysia sebagai pembantu rumah seperti pada masa yang lalu, walaupun gaji mereka tidak terlalu tinggi, dan dalam kemampuan majikan Malaysia untuk membayarnya.

Jika mereka datang sebagai pendatang haram dan bekerja secara haram, kebajikan pekerja Indonesia itu sebenarnya lebih tidak terjamin, kerana mereka lebih terdedah kepada eksploitasi majikan, di samping sewaktu-waktu menghadapi tindakan penangkapan dan pengusiran dari kerajaan Malaysia.

Jadi adalah untuk kepentingan bersama -- Indonesia dan Malaysia dan rakyat kedua-dua negara -- jika kemasukan pembantu rumah Indonesia itu "dicairkan" kembali.

Hanya negara yang tidak tahu malu barangkali yang membiarkan rakyatnya datang secara beramai-ramai sebagai pendatang haram untuk mencari makan di negara orang!

3 ulasan:

  1. Pandangan yang baik. Orang Malaysia akan untung mendapat pembantu rumah yang haram kerana boleh beri gaji yang murah.

    BalasPadam
  2. Salam. Takziah untuk saudara islam kita di Indonesia yang ditimpa musibah.

    BalasPadam
  3. itu betul juga. cuma, kalau asyik nak GANYANG MALAYSIA dan SAPU MALAYSIA, geram dan sakit hati juga kita.

    bila datang musibah macam gempa bemui di padang baru-baru ni, mereka merayu sangt bantuan ubat2an dan makanan serta anggota penyelamat datang beri bantuan.

    tak malu ke sikap macm tu. kita hidup di dunia ni bukannya hebat sangat.

    BalasPadam