Ahad, 16 Oktober 2011

Binkan anak luar nikah kepada bapanya

Walaupun belum lagi dibincangkan dan diputuskan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan, tetapi saya kira adalah satu perkembangan yang baik dan wajar disokong apabila Timbalan Pengarah Bahagian Kelahiran , Kematian dan Anak Angkat JPN, Noor Azliza Shaharuddin bersama Pegawai Undang-Undang JPN, Zarifah Zulghaffar menyatakan bahawa kini anak luar nikah boleh dibinkan atau dibintikan kepada bapanya, walaupun anak itu lahir kurang daripada 6 bulan selepas ibu bapanya berkahwin.

Alasannya ialah supaya anak luar nikah itu tidak mengalami tekanan emosi yang berpanjangan dan terhukum kerana kesalahan yang tidak dilakukan oleh mereka, sekiranya nama bapa mereka tidak dinyatakan dalam surat kelahiran mereka.

Saya kira alasan itu sangat munasabah dan tindakan membinkan atau membintikan anak itu dengan bapa mereka memang wajar dilakukan.

Dengan tidak menyatakan nama bapa mereka dalam surat kelahiran mereka dan menganggap mereka sebagai anak "tak sah taraf" bererti masyarakat menghukum mereka dan tidak menerima mereka, malah memalukan mereka dan ibu bapanya sepanjang hayat.

Saya kira adalah satu perbuatan yang zalim dan tidak menyelesaikan masalah, sekiranya kita masih berpegang pada fatwa lama bahawa anak luar nikah itu tidak boleh dibinkan atau dibintikan kepada bapa mereka.

2 ulasan:

  1. Assalamualaikum....

    andai kata anda mempunyai adik lelaki dan berkahwin dengan anak luar nikah perempuan dan gadis itu serta keluarganya menyorokkkan statusnya sebagai anak luar nikah kerana mereka malu ,bagaimana ??? apa akan jadi dengan anak yang lahir dari kedua mereka..??
    halalkah atau haram juga kah...???
    munasabah bagi saya tidak datang dari hanya sekadar logik akal tetapi harus juga di batasi oleh dalil agama. Allah dan rasulnya sudah mengetahui tentang hal ini jadi wujudlah dalil-dalil yang yang melarang mereka dibinkan kepada bapa mereka. Ini bvukan diskriminasi tetapi ianya untuk memperhalusi nasab keturunan supaya tidak bercampur aduk.Benar ia datang dari benih bapanya tetapi ia dipancutkan secara tidak halal dan dilarang oleh agama.

    sebelum terjadi perkara itu tahan-tahanlah kalau tak tahan puasa. kalau nak juga, nikahlah cepat. kalau tak dan jugak onani je, kalau tak tahan gak pancut luar. E-eh sedap pulak, hilang mata putih kepit tak hingat sampai nak tarik pun tak bleh... pendek kata cegah itu lebih baik dari mengobat. ubat tu tak sesuai macam nak galakkan jer.... esok2 bleh plak orang cakap .. " alah takpa masih bleh binkan bapak dia ". lepas tu timbul persoalan lagi... " nie cik kiah... nak tanya mana satu bapak dia nie ?? " Cik kiah pulak jawab " ntahlah , setahu aku sorang je yang dok usung anak aku tu, tak tau plak ada jantan lain" Cik bedah pulak mencelah " Ni ha sampai tiga orang yang mengaku bapak bayi ni, takkan tiga2 nak daftarkan kat JPN" ......ops melalut lak...

    wassalam...

    BalasPadam
  2. saya tidak arif dalam ilmu agama, jadi saya terpaksa membuat andaian bahawa sokongan anda terhadap usul tersebut terdorong oleh kejahilan tentang hukum islam...tidak salah jika anda jahil kerana tidak pernah belajar tentang perkara itu...dengan syarat selepas ini anda pergi cari guru yang betul & arif untuk mendalami ilmu islam...bukan apa, membuat ulasan/sokongan yang hanya berlandaskan pemikiran rasional/logik sahaja mungkin menimbulkan fitnah ke atas diri anda...dengan membuat andaian pembuat usul dan anda adalah seagama dengan saya, saya sarankan rujuk dulu dengan mana-mana guru agama yang arif sebelum cuba mengubah hukum yang ditetapkan oleh pencipta kita...ada hikmah dan faedah untuk setiap hukum yang ditetapkan oleh Nya

    BalasPadam